Saturday, May 15, 2010
GOTONG-ROYONG PERDANA
AHLI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga sempena Gotong- Royong Perdana 2010. Antara objektif gotong-royong ini ialah (1) Mencegah aedes di kawasan sekolah dan asrama, (2) Memupuk semangat kerjasama guru-murid, (3) Memupuk semangat cinta akan alam sekitar.
Saturday, April 17, 2010
GOTONG-ROYONG
Saturday, February 27, 2010
Kuliah Tentang Pencegahan Jenayah
Hari ini kami menghadiri kuliah dan berbincang tentang perkara-perkara berikut:
• Tips mengelakkan kejadian jenayah dan sekolah dan di luar sekolah, termasuklah di rumah dan di tempat awam.
• Jenis-jenis jenayah
• Tanggung jawab mencegah jenayah
• Beberapa peratutan dan undang-undang berkaitan jenayah
Banyak ilmu dan pengetahuan yang kami peroleh hari ini.
Tuesday, January 12, 2010
OBJEKTIF
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
5. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal menangani jenayah.
2. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
5. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal menangani jenayah.
MATLAMAT
Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
FALSAFAH
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Dato' Bentara Dalam ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga sahsiah, serta menggembleng kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri terhadap motto 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI'.
Sunday, January 10, 2010
LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH
1. Laporkan kepada guru atau pengawal keselamatan sekiranya ada seseorang atau sesuatu yang mencurigaikan di sekolah.
2. Pastikan pintu bilik-bilik khas, kenderaan, motosikal, dan basikalberkunci rapi.
3. Jauhkan diri daripada tempat sunyi.
4. Pada waktu awal pagi, elakkan berada di tempat sunyi atau gelap. Jika ingin ke tandas, ajaklah kawan.
5. Sentiasa berwaspada dan ingat bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana.
6. Jangan libatkan diri dengan sengketa atau pergaduhan.
7. Pastikan anda sedar di mana terdapat kemudahan telefon awam untuk menghubungi pihak polis, bomba, dan hospital.
Gambar menunjukkan beberapa kemudahan dan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)